My Pinky Blog
Sahabat dengan Kawan Lain Taw
Wednesday, 21 December 2011 | 08:47 | 0 comments

Sahabat n kawan len .. Sahabt lbih pnting byk dri kawan . Kawan tuh pnting ckit kot ? tTapi law nak mempercyai seseorg mstilah belive SAHABAT dri KAWAN . That my advise kpd korg2 . !


Sahabat saya adalah seorang yang setiakawan, dia boleh membantu saya apabila saya berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan saya, menghilangkan kebimbangan saya dan sanggup berjuang demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan saya, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan saya berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama saya, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi saya.
Sahabat kadangkala adalah penjaga saya, pelindung saya dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama saya.


Kawan saya ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan saya dan saya mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Saya selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan saya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

#Dalam dunia nih memg susah nak cri sahabat ! Macam sye un , sye cume ad ramai kawan , tak dea sahabat un .
 sebab mama kate buat mse nih memg sye tak kan ada sahabat sebb sye slalu gaduh dgn kawan jdi tak dea sahabat la.
 hehe :D . Wat mase nih un tak dea urg un yg jge ht sye tuh lahh sye tak dea sahabat . So , sye memg tak dea sahabat laa yg ade cume sekeliling pinggangg KAWAN . ! heeeee :) :) :)

Older Post | Newer Post
Holla Peeps..



Assalamyalaikum semua . Selamat Datang . jangan copy-2 oke .

My Friends

Credit
Template by : Aina
Background & Cursor by : Lyssa
Header by: Jaja


Navigations.

About Links Entries